" Welcome "

Blog saya xsemegah mana.. hanya luahan n bicara hati.. *celoteh seorang gadis kampung* SELAMAT DATANG~~

Thursday, April 12

" Belum Bertajuk "


*celoteh gadis kampung*

hai hai readers. apa khabar semua. hari ni chouko terasa nak post cerpen yang chouko cakap tu..
but first of all.. chouko nak habaq yang chouko tak pandai tulis sangat. ni baru cuba-cuba. tambah-tambah BM chouko dapat cukup makan A- je SPM ritu. haha..

next,cerpen ni xde tajuk lagi. so,chouko nak jasa baik readers tok komen-komen n bagi suggestion.. malas komen jerit je kat cbox okayy??

then,kalau rajin korang kutuk la hasil kerja ni. coz chouko xde editor. chouko xde mood pulak nak baca banyak kali. rasa semua betul je. korang la editor chouko.. okayy..

so now.. jeng jeng jeng........... terimalah karya chouko yang tak semegah mana.. haha.. enjoy your reading..

-----------------------------------------------------

   Sedang Qisya asyik membelek diary a.k.a planning book miliknya, tiba-tiba sesuatu telah membuatnya kaku dan terpaku. Sesuatu yang telah lama dia buang jauh dari hidupnya kini muncul kembali. Sesuatu yang ingin diformat dan dilupakan selamanya. Sesuatu yang jika boleh tidak ingin terjadi.

   Hadirnya sekeping gambar itu membuatkan memori lampau kembali menggamit dan bermain di kotak fikirannya. Air mata yang selama ini ditahan dan disimpan bagaikan ingin menderas lagi. Difokuskan satu persatu insan dalam gambar itu. Gambar yang bertarikh 5 Disember 2008,hari terakhir peperiksaan SPM. Jelas terserlah kegembiraan di wajah setiap insan dalam gambar itu yang telah bebas daripada SPM.

   Fikri,Syam dan Arul. Tiga jejaka yang konon segak bergaya, mampu menawan dan mencairkan hati setiap gadis. Walaupun begitu perangai mereka bertiga cukup disenangi Qisya. Mereka hadir di saat Qisya memerlukan bantuan,susah dan senang mereka tetap sudi bersama. Piya,Mai,Sara dan Nana. Sahabat perempuan Qisya sewaktu di sekolah menengah dulu. Perangai mereka sangat disenangi dan selalu menghibur hati Qisya. Mereka sangat mengambil berat dan penyayang. Terasa bagai ahli keluarga sendiri. Sangat seronok bersahabat bersama mereka.

“Muzik erathon hanya memainkan muzik hit terkini. Kita berhibur kini dengan lagu permintaan seorang pendengar Era. Terimalah Ungu dengan Tercipta Untukku.” Kata DJ radio Era melalui earphone yang terlekap di telinga Qisya.
Menatap indahnya senyuman diwajahmu

Membuatku terdiam dan terpaku
Menanti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

   Bait-bait lirik itu membuatkan Qisya teringat akan seseorang. Airmata Qisya bagai ingin jatuh deras sederas air sungai tatkala matanya terpandang pada potret wajah insan yang diingatinya itu.

“Syawal,bagaimana keadaan awak sekarang?”bisik hati kecil Qisya.

“Woi Qisy! Kau tak nak join kitorang pegi kedai cik abe tu ke? Kitorang da lapar ni,nak mencekik. Kau tak lapar ke?”pekik Fara dari muka pintu bilik Qisya secara tiba-tiba.

“Yang kau ni da kenapa? Da tak reti nak bagi salam ke apa? Main terjah je. Kalau aku ada sakit jantung macam mana. Kan susah nanti. Kau jugak...”rungutnya.

Wait. Yang kau nak bebel kenapa la. PMS ke apa? Relax la. Dah,kau nak join ke tidak ni?”gerutu si Fara.

“Tak lah. Aku tak rasa nak makan and lapar. Korang pegi la.”jawab Qisya malas.

“Eh,kau kenapa ni? Ada masalah ke? Lain macam je? Kau nak aku bungkuskan tak?”soal Fara risau.

“Tak. Tak. Tak. Aku okay je. Tak payah bungkus. Betul aku tak lapar. Korang pegi je.”Qisya cuba meyakinkan.

   Fara pun berlalu meninggalkan Qisya sendirian. Dia kini kembali menatap foto itu tapi kini matanya tertumpu pada seraut wajah itu. Wajah yang tidak mungkin dia lupakan. Tawanya, senyumnya, suaranya dan segala tentangnya. Qisya begitu merindukan dia. Setelah bertahun Qisya simpan dia dalam lipatan kenangan,kini segalanya jelas terurai sendiri. Satu persatu memori mereka bersama bermain dalam kotak ingatannya tanpa dia pinta. Ingin sahaja dia menjerit dan menghentikan permainan perasaan ini,namun dia tidak berdaya.

~~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~~

“Qisy,boleh aku duduk sini?” soal Fara ketika Qisya sedang duduk berehat di bawah sepohon pokok yang rendang di kampus.

“Eh,sejak bila kau kena mintak izin untuk duduk?” jawab Qisya beserta tawa kecil.

   Qisya sebenarnya tahu niat Fara mendekatinya. Sudah dua tahun lebih Qisya mengenali insan bernama Fara ini,dan dia sudah masak dengan keperibadiannya. Dia adalah roommate Qisya semasa dia berada di tahun satu dulu dan kini housematenya. Mereka menyewa di sebuah rumah  bersama temannya yang lain. Fara langsung tidak mengetahui tentang cerita silam Qisya kerana baginya itu hanyalah sejarah yang tak patut disuarakan. Biarlah ianya bersemadi bersama luka-luka yang kian sembuh sendiri.

“hmmmmm....”bicara Fara.

“Kenapa ni?”soal Qisya.

“Kau okay tak? Bukan apa,lately aku tengok kau macam semacam. Entah la. Aku sendiri tak tahu.”rungut Fara.

Qisya tergelak kecil sambil mencuba menutup kesedihannya.

“Weyh,aku serius la. Kau dah kenal aku bertahun kot. Tak kan nak rahsia lagi. Selama ni aku tak pernah tanya sebab aku hormat keputusan kau. Tapi sekarang,aku tak boleh tengok kau macam ni. Come on la. Aku kawan kau okay?”bebel Fara.

“Aku okay kawan. Jangan risau. Jomlah pergi makan. Aku belanja.”jawab Qisya cuba menukar topik.

“Aku tahu kau cuba mengelak. Tak apa lah Qisy. Bila kau ready,i’ll always there for you to share. Okay dear? Wah,bukan senang kau nak belanja. Set! “ jawab Fara ceria.

~~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~~

   Rahsia Qisya tidak mampu disimpannya lagi. Dia tertangkap dengan Fara sewaktu sedang melayan perasaan melihat gambar itu. Gambar itulah satu-satunya kenangan yang dibawa bersama selain seutas rantai berloket hati pemberian Syawal.

“Qisy,kau menangis ke?”soal Fara cemas.

   Qisya yang sudah tidak mampu membendung airmatanya di hadapan Fara,kini menangis teresak-esak seakan anak kecil yang inginkan aiskrim. Tanpa segan,Qisya menceritakan segalanya kepada Fara. Setelah bertahun dipendam,segala isi hatinya terbongkar kini dihadapan Fara.

   Syawal ialah sahabat baik dan teristimewa buat Qisya. Mereka mula berteman istimewa semasa di tingkatan empat. Perasaan itu cuba ditolak jauh oleh Qisya kerana tidak ingin bercinta di zaman persekolahan lalu dia membuat keputusan ingin berkawan rapat sahaja. Syawal bersetuju dan persahabatan mereka bersama yang lain sangat baik tanpa masalah. Pada hari terakhir SPM,Syawal telah melamar Fara secara senyap. Fara bersetuju untuk mula mengenali hati budi Syawal dan serius dengan hubungan mereka. Perhubungan mereka berjalan baik dan tiada masalah pada awalnya.

   Tetapi pada suatu hari,Syawal mengambil keputusan untuk mengakhiri perhubungan yang tiada permulaan itu. Qisya sangat sedih lalu membawa diri ke kampung halaman atuknya. Dia dan Syawal serta rakannya yang lain terputus hubungan. Apabila mendapat keputusan yang sangat cemerlang,Qisya menyambung pelajaran di sebuah universiti terkemuka tanah air dalam bidang perubatan. Dia langsung tidak tahu soal rakannya yang lain. Apabila terserempak dengan Piya di kampusnya barulah dia kembali menghubungi rakan perempuannya yang lain dan persahabatan mereka terjalin kembali.

“Yang aku tak faham alasan dia ambil keputusan ni selepas setahun lebih dia bagi harapan dekat aku Fara. Lagipun bukan sekejap aku kenal dia. Dekat empat tahun.”rungut Qisya kesedihan sambil menahan esakan.

“Sabarlah Qisy. Mungkin dia bukan yang terbaik buat kau. Kau berdoa je okay. Yang lain kau serah dekat Dia. Dia Maha Mengetahui baik yang tersembunyi. Kau lupakanlah si Syawal tu and start hidup baru. Dia tu sejarah kau. Kau tu cantik apa. Petik jari sepuluh mari tau. Lagipun aku tengok Senior Faril tu dok usha kau. Terimalah dia.” Gurau Fara.

“Weyh kau gila ke apa? Aku dengan Abang Faril tu kawan je la. Dia tu boleh layan kepala aku. Lagipun dia tu tempat aku rujuk tentang assignment aku.” Jawabku bersahaja.

“Wah,abang yeee..” usik Fara beserta tawa besar.

Pipi Qisya kemerahan menahan malu tapi dibiarkan sahaja Fara ketawa. Dia turut berasa senang dengan usikan Fara.

“Eh,kenapa hati aku senang sangat bila nama abang Faril disebut Fara tadi” bisik hati kecilku.

“Qisy,sabtu ni pegi mall yok. Nak beli baju baru plus ronda-ronda. Okay?” soal Fara.

“Hmm. Okay tapi perut aku kau top-up nanti.” Gurauku.

“Tak da hal la geng” jawab Fara.

   Sudah menjadi kebiasaan Qisya dan teman serumahnya untuk keluar membeli-belah pada setiap hujung minggu sekiranya tiada assignment berat.

~~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~~

   Suasana di dalam pusat membeli-belah itu sangat hingar dengan kepadatan yang maksimum. Kebiasaan pada setiap hujung minggu kerana orang ramai meluangkan masa beriadah. Tiba-tiba, “Bammm” Qisya telah berlanggar dengan seseorang sehingga jatuh kesemua beg yang dibimbitnya.

I’m sorry miss. I was in hurry. I’m so sorry.”ucap pemuda itu.

it’s okay but please be more careful next time.”jawab Qisya sambil memungut beg-begnya semula.

   Empat mata itu telah berpandangan dan alangkah terkejutnya dia tatkala melihat pemuda yang melanggarnya itu ialah Syam,sahabatnya.

“Eh,kau rupanya. Lamanya tak jumpa kau ni. Makin cantik aku tengok.”tegur Syam beserta senyumnya yang menawan itu.

   Qisya yang masih kaget menyepi seribu bahasa. Lidahnya kaku untuk berbicara. Ketakutannya mula memuncak kerana takut-takut bertemu dengan Syawal lagi,insan yang kerap dirinduinya kini.

“Takkan lah tak jumpa berapa tahun kau dah bisu. Kenapa kau ni? Tak suka jumpa aku?” soal Syam lagi.

“Eh.sorry. Aku baik-baik je. Kau macam mana sekarang?” soal Qisya ramah.

“Kau nak interview aku jom kita pegi minum kat restoren tu. My treat.” Pinta Syam.

   Qisya seakan ingin menolak tetapi lengannya ditarik oleh Fara untuk mengikuti arahan pemuda itu. Dan kini punggungnya sudah pun dilabuhkan di kerusi restoren itu. Usai si pelayan mengambil pesanan mereka,Syam mula membuka bicara. Qisya mula berasa senang dan selesa berbual dengannya. Namun kegembiraannya dan keselesaannya terbantut. Sedang Qisya dan Fara meminta diri untuk pulang,Syawal memunculkan dirinya. Alangkah tersirap darah Qisya ke muka tatkala bertemu empat mata dengan insan yang dirinduinya itu.Qisya dan Syawal kaku dan terpaku.

“Aku mintak diri dulu. insyaAllah ada rezeki jumpa lagi” ucap Qisya lalu segera berlalu menarik Fara.

~~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~~

   Insiden tempoh hari cuba dilupakan Qisya. Fara turut tidak mengungkit hal itu seolah-olah mengerti hati sahabatnya itu. Qisya tidak ingin luka lama berdarah kembali,dia cuba sedaya upaya untuk menganggap semuanya tidak pernah berlaku.

“Amboi,termenung jauh nampaknya cik adik comel ni. Apa yang dimenungkan? Macam orang hilang laki je.” Tegur Faril.

“Eh,abang Faril. Bila sampai?” soal Qisya.

“Termenung lagi. Abang sampai pun tak perasan. Da makan belum ni? Jom pegi makan,abang belanja.” Sambung Faril.

“Qisy tak lapar la abang. Abang pegi la sendiri.”jawabnya.

“Tak lapar jom teman abang. Abang pun ada benda nak cakap dengan Qisy ni.”pinta Faril.

“Apa? Cakap je la kat sini. Tak payah Qisy teman abang.” Jawab Qisya.

   Belum sempat itu,Qisya lihat Faril sudah berlalu meninggalkannya. Terpaksa jugalah diturutkan kata si Faril untuk menemaninya makan di cafeteria kampus. Qisya agak berdebar menanti apa buah bicara yang ingin Faril ucapkan itu. Qisya tetap bersabar menanti sehingga Faril usai makan. Apabila sudah siap makan,Qisya memberanikan diri membuka bicara.

“Apa yang abang nak cakap dengan Qisy tadi?” soalnya.

“Tak sabar rupanya Qisy ni.”jawab Faril beserta tawa yang agak menyakitkan hati.

“Tak pe lah kalau abang tak nak cakap. Qisy balik dulu.”jawab Qisya seakan merajuk.

“Eh,janganlah merajuk. Ye,abang cakap ni. Tahun ni tahun terakhir abang kat sini. Lepas ni abang da grad and susah nak jumpa Qisy lagi. Maknanya jugak da setahun lebih Qisy kenal abang kan. So abang....” ucap Faril tergantung.

“So abang????” soal Qisya inginkan penjelasan.

“Abang nak mintak la dekat Qisy. Kalau-kalau Qisy ada masalah ceritalah dengan abang. Mana tahu abang boleh tolong.” Terang Faril.

“Haila abang ni. Ingat dia nak ambush aku la tadi. Ayat kasi cuak je tau”gerutu hati kecil Qisya.

“Qisya? Faham tak apa abang cakap ni? Ada apa-apa yang Qisy nak abang tolong?” soal Faril lagi.

“Mesti Fara mengadu dekat abang kan?” rengek Qisya.

“Mana ada. Jumpa Fara pun abang tak sempat. Abang sendiri perasan Qisy banyak senyap sekarang and larikan diri dari jumpa abang. So,abang pasti adik abang ni ada masalah” terang Faril panjang lebar.

“Adik? Sungguh Abang Faril anggap aku adik je?” soal Qisya dalam hati.

“Tak de apa lah abang. Qisy baik-baik je. Qisy and abang dua-dua sibuk. Tu abang perasan macam Qisy jauhkan diri dari abang. Lagipun assignment kali ni buat Qisy stress sikit. Lain-lain Qisy okay je.” Terang Qisya cuba meyakinkan.

“Abang,Qisy mintak diri dulu la. Ada kerja nak buat dekat rumah tu.” Qisya meminta diri dan terus berlalu.

~~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~~

   Hujung minggu ini Fara dan teman-teman lain keluar seperti biasa. Hanya Qisya sendirian di rumah dengan alasan tidak berapa sihat. Sebenarnya Qisya takut-takut kalau terserempak dengan Syawal dan Syam lagi. Sungguh dia tidak kuat berhadapan dengan insan itu.

   Fara menuju ke tingkat tiga yang menempatkan butik baju kegemarannya. Dalam langkah menuju ke butik itu,dia ternampak Syawal keseorangan. Fara membatalkan niatnya untuk ke butik itu lalu disapanya Syawal. Syawal dan Fara bersama menuju ke restoren terdekat untuk bersembang. Sedang asyik bersembang memperkenalkan diri,Syawal membuka bicara soal Qisya.

“Fara,kau ni kawan Qisya kan. Boleh aku nak mintak tolong kau soal Qisya tak?”soal Syawal.

“Maaf lah. Bukan aku tak nak tolong tapi hal korang aku tak nak masuk campur. Kau kena runding sendiri dengan dia.” Jelas Fara.

“Tak pe lah kalau kau tak dapat tolong. Cuma aku nak cerita dekat kau and aku nak mintak pendapat kau apa patut aku buat. Aku dah buntu. Almost setahun dah aku cari Qisya tu.” Jelas Syawal. Lalu dia pun menceritakan semuanya kepada Fara.

   Barulah Fara mengerti mengapa Syawal mengambil keputusan meninggalkan Qisya. Syawal tersalah anggap tentang Qisya setelah mendengar cerita daripada Sara. Sara memberitahu Syawal bahawa Qisya bukan perempuan yang baik dan sesuai buat dia. Qisya seorang playgirl dan sosial. Kata Sara,Qisya mempunyai hubungan istimewa dengan Piyan,jiran Qisya. Piyan dan Qisya selalu lepak bersama dan layanan Qisya terhadap Piyan melebihi layanan Qisya terhadap Syawal,tambah si Sara. Waktu itu hati Syawal sangat berapi dan tanpa berfikir panjang,Syawal mengambil keputusan untuk putus.

   Sebulan selepas itu barulah Syawal dapat tahu cerita sebenarnya tentang Sara dan Qisya. Sara sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Syawal,lalu mencuba untuk memburukkan Qisya di hadapan Syawal. Apabila Sara dan Syawal ingin meminta maaf dan menjernihkan keadaan,Qisya telah pun memutuskan hubungan dengan mereka semua. Qisya membawa diri dan tidak ingin langsung berjumpa dengan mereka semua. Puas Syawal cuba melupakan dan membiarkan semuanya tapi dia tidak berdaya. Dia tetap cuba mencari Qisya tetapi usahanya gagal sehinggalah pada hari itu dia terserempak dengan Qisya. Tetapi peluang itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh Syawal. Dia tidak sempat menjelaskan kepada Qisya.

“Kenapa kau tak percaya kat Qisy? Kenapa kau lebih percaya Sara daripada Qisy?” soal Fara agak berang dengan tindakan Syawal.

“Aku akui aku bodoh sangat masa tu. Aku percaya Sara sebab aku tahu Sara jiran Qisya and Piyan tu. Lagipun Sara kawan aku and Qisya. Tak terfikir pun yang dia ada niat busuk tu.” Jelas Syawal.

“Entahlah Syawal. Kalau aku jadi Qisy pun aku tak tahu boleh maafkann kau ke tak. Tak ada percaya,rasa diri macam apa je. Papepun kau kena runding dengan Qisy betul-betul. Try la slow talk dengan dia sebab yang aku tahu dia rindu kau. Mungkin kalau kena gaya and cara kau cakap,sejuk lah dia.” Jelas Fara panjang lebar.

~~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~~

   Pertemuan tempoh hari tidak langsung berbangkit dari bibir Fara. Baginya biarlah pertemuan itu dirahsiakan kerana itu demi menjaga persahabatannya dengan Qisya.

   Pada suatu malam,telefon Qisya berdering dan memaparkan nombor telefon yang tidak dikenalinya. Qisya teragak-agak untuk menjawabnya tapi takut-takut panggilan itu penting. Lalu dijawabnya juga.

“Hello,siapa ni?” soal Qisya kepada si empunya badan di hujung talian.

“Assalammualaikum. Ini Cik Qalisya Umairah ke?” soal suara itu.

“siapa pulak ni call malam-malam. Siap sebut nama penuh aku pulak tu.”gerutu Qisya.

“Cik Umairah,awak masih di situ?” soal suara itu lagi.

“Umairah? Siapa panggil aku Umairah?”hati Qisya berdebar.

“Ya saya. Siapa ni? Boleh saya tahu?” soal Qisya lagi.

“Saya Syawal. Wait! Jangan letak telefon dulu. I really need to say this and you really have to listen what am i going to say.” Pinta Syawal.

“Awal ada perkara nak bincang dengan awak,Maira. Sangat-sangat penting.”sambungnya lagi.

“tak ada apa yang penting lagi Cik Syawal. Saya dan awak tiada apa yang penting lagi.” Kata Qisya.

“tolong! Dengar Awal. Awal tunggu Maira dekat tempat kita jumpa hari tu at three this Sunday. Awal ulang,hanya Maira seoarng. Awal akan tunggu sampai Maira datang. Assalammualaikum” ucap Syawal lalu mematikan talian tanpa sempat Qisya menjawab sepatah pun.

“Maira” akhirnya nama itu kedengaran lagi.

~~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~~

   Ahad itu,Qisya teragak-agak untuk datang ke temujanji itu. Dia membuat keputusan untuk pergi dan berharap itulah temujanji terakhirnya bersama Syawal. Dia tidak ingin airmata yang disimpannya berderai jatuh lagi. Qisya sengaja datang agak lewat dari waktu dijanjikan. Dilihatnya Syawal sedang menunggunya di sebuah meja bersama segelas ice lemon tea  yang sudah separuh dihirup. Terdetik di hati Qisya bahawa jejaka ini tidak banyak berubah. Cara pemakaiannya seperti biasa,bersahaja.

“Assalammualaikum.”tegur Syawal beserta senyuman tatkala perasan kehadiran Qisya.

“Waalaikummusalam.”jawab Qisya formal.

“Maira apa khabar?” soal Syawal ramah.

“Tak payah panjang-panjang. Straight to the point please.”pinta Qisya.

“Maira order la air dulu. Maira tak suka ke jumpa Awal lagi?” soal Syawal cuba meraih simpati.

“Saya nak cepat. Ada apa awak nak jumpa saya?” jawab Qisya.

“Awal nak mintak maaf. Sara pun sampaikan maaf dia. Maira akan maafkan Awal kan?”tutur Syawal berhati-hati.

   Terasa sebak dada Qisya. Dicubanya dia menahan titisan jernih ini dari mengalir di hadapan jejaka itu. Dia tidak ingin dipandang sebagai perempuan yang cengeng dan lemah.

“Maaf untuk apa. Semuanya dah berlalu. Saya dah lupakan semua tu. And Sara. Kenapa nak mintak maaf?” tanyaku inginkan penjelasan.

   Syawal membuka bicara sepertimana dia ungkapkan dengan Fara. Dengan tidak semena-mena titisan jernih itu mengalir deras tanpa mampu dikawal. Empangan mata Qisya pecah tanpa mampu dibendungnya lagi. Sungguh tidak sangka dan terfikir itu semua yang berlaku. Qisya segera minta diri untuk pulang kerana tidak sanggup mendengar lebih lanjut lagi.

~~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~~

“Fara,boleh aku cakap sikit dengan kau?” soal Qisya kepada Fara.

“Aik,nak cakap pun kena mintak izin heh?” jawab Fara.

“Hari tu aku jumpa Syawal. Dia terangkan dekat aku semuanya. Apa patut aku buat?” soal Qisya serius.

   Fara mengerti situasi sekarang serius. Fara perlu menjaga tutur kata dan lenggok bicaranya agar tidak menyinggung dan mengguris hati Qisya.

“So,kau dah tahu semuanya. Pendapat kau tentang dia sekarang?” soal Fara.

Wait, kau dah tahu?” soal Qisya agak tinggi.

“Sabar kawan. Aku terjumpa Syawal masa aku pegi mall dua minggu lepas. Masa kau tak sihat tu. Dia yang cerita and aku tak paksa. Aku sendiri kata tak nak masuk campur hal korang. Aku mintak dia sendiri cerita sekat kau. So,dia da cerita. Dia dah jujur. Pendapat kau sekarang?” soal Fara.

“Entahlah. Aku macam buntu. Aku tak tahu apa patut aku buat. Aku patut happy dah jumpa dia semula and jelaskan yang semua tu salah faham. Tapi tak. Aku tak rasa apa-apa. Kenapa ni Fara?”soal Qisya kebingungan.

“Kau kena tanya hati kau. Apa perasaan kau kat dia. Aku nasihatkan cerita lama tu janganlah kau kenang. Merosakkan hubungan kau je. Apa kata kau jumpa dia semula. Start from the very beginning. Aku percaya korang sekarang lebih matang.” Cadang Fara.

“Tapi macam mana dengan Abang Faril?” soal Qisya dibawah sedar.

“Senior Faril?!!! Kenapa???” soal Fara bingung dan kaget.

“haaa?? Eh,tak ada apa-apa.” Jawab Qisya.

“Kau jangan cakap kau da sangkut kat Senior Faril la.” Soal Fara menahan gelak.

“Mana ada. Aku tak cakap apa-apa pun” jawab Qisya menahan bengang.

“Sejak bila weyh. Tak cakap pun kan?” sambung Fara penuh minat.

“Dah. Dah. Dah. Aku nak masuk bilik dulu.” Qisya cuba mengelak.

“Senior Faril tu not bad seyh. Jangan sampai lepas.” Ucap Fara beserta tawa yang menyakitkan telinga.

~~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~~

“Assalammualaikum Qisy.” Suara Faril dihujung talian.

“Waalaikummusalam abang.” Jawab Qisya ceria.

“Qisy sibuk tak esok?” soal Faril.

“i’ll set my schedule free just for you tomorrow” gurauku.

“Cakap la betul-betul cik adik comel ni” kata faril.

Free la abang. Kenapa? Nak ajak makan heh? Boleh-boleh.” Jawabku serta derai tawa.

“ye la. Abang jemput Qisy kat rumah pukul sepuluh pagi esok?” tanya Faril.

okay boss. Tepat pukul sepuluh Qisy dah tercongok kat pagar depan rumah. Abang lambat Qisy merajuk.” Jawabku.

“Eleh,abang takut hon abang kena kejut cik adik ni.” Ucapnya beserta tawa.

okay. We’ll see esok siapa yang lambat. Bye. Assalammualaikum” Qisya mematikan talian.

   Entah mengapa senang sekali bila berbual denga Faril. Walaupun jarak usia mereka berbeza tiga tahun,namun peribadi Faril menyenangkan hati Qisya. Sedikit sebanyak hati Qisya sudah mula terpikat dengan Faril dan dia begitu tidak sabar menanti esok.

~~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~~

   Bagai dijanjikan,Faril tiba tepat jam sepuluh pagi di hadapan rumah sewa Qisya. Qisya yang mengenakan pakaian kasualnya sudah pun sedia menunggu untuk masuk ke dalam perut kereta Faril. Faril pandu terus menuju ke sebuah restoren di ibu kota. Makanan dipesan dan perbualan begitu rancak seperti biasa. Kadang kala tawa Qisya pecah mendengar lawak Faril.

actually,abang ada benda nak cakap dengan Qisya ni.” Bicara Faril.

   Jantung Qisya bagai ingin luruh tiba-tiba. Pelbagai persoalan bermain di fikiran Qisya tentang apa yang ingin diperkatakan Faril.

“Apa dia abang? Abang nak kahwin heh?” soal Qisya sambil menyuap chicken chop ke dalam mulutnya.

“Eh,mana Qisy tahu ni? Adik abang ni memang pandai baca hati abang la” jawab faril.

   Bagai ingin terhenti jantung Qisya. Matanya sudah berkaca tapi cuba dikawalnya. Dia tertawa yang seakan dipaksa.

“Tapi belum kahwin lagi. Hujung bulan ni abang nak pergi hantar tanda. Qisy nak ikut tak. Abang dah tanya mama and she said it’s okay. You may join” kata Faril ceria.

“Eh,tak pe lah abang. Hujung minggu ni Qisy cuti semester. Qisy nak balik rumah ibu. Hmm,patut la berseri-seri je muka abang sekarang ni. Nak bertunang rupanya.  Selamat ye abang. Qisy happy bagi pihak abang.” Jawabku cuba berselindung.

Okay lah adik abang tak dapat datang untuk bertunang. But please make sure you’ll came for the wedding okay lil sis?” kata Faril.

“InsyaAllah abang” jawab Qisya dalam keterpaksaan.

~~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~~

   Telefon melagukan “Kenangan Hidupku” menandakan ada incoming call. Jam menunjukkan pukul sebelas setengah malam. Qisya tidur awal kerana tidak sihat. Semuanya gara-gara berhujan ketika pulang dari kampus tempoh hari tanpa berpayung.Tanpa melihat skrin telefon,Qisya menjawab panggilan itu.

“Hello,assalamualikum. Siapa ni?” soal Qisya malas-malas.

“Maira. Kenapa ni? Maira tak sihat?” soal suara itu semula.

“Awal?” Qisya kaget.

“Ya,Awal ni. Maira tak sihat ke? Suara lemah je? Dah makan ubat?” soal Syawal risau.

“Awak nak apa?” Qisya menukar topik.

“hmm, jaga kesihatan ye Maira. Awal tak nak Maira sakit. Sebenarnya, Awal ingat nak ajak Maira keluar weekend ni. Tapi tak pe lah. Maira rehat je kat rumah. Semoga cepat sihat ye. Maaf Awal ganggu Maira lewat malam ni.” Terang Syawal panjang lebar.

“i’m okay Awal. Kita jumpa this weekend.. saya tunggu dekat pintu masuk mall pukul sebelas pagi.” Jawab Qisya bagai tidak berfikir. Dan talian terus dimatikan. Qisya terus menyabung lenanya.

~~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~~

   Usai menunaikan solat subuh,telefon berbunyi menandakan ada mesej masuk.

Assalammualiakum Maira. Awal harap Maira dah makin sihat. Tak sabar nak jumpa Maira nanti. Semoga berjumpa nanti.
-Awal-

   Qisya mencerna kembali perkara malam itu. Baru dia teringat dia yang menetapkan janjitemu hari ini dengan Syawal. Terasa bagai ingin diputarkan kembali masa dan menarik semula kata-kata itu. Tapi sudah terlewat,dia sudah tiada pilihan selain untuk datang ke temujanji itu.

   Seperti direncanakan. Pukul sebelas,Syawal sudah menunggu Qisya dihadapan pintu masuk mall itu.

“Hai Maira. Dah sihat?” kata Syawal memulakan bicara.

“Hai. Alhamdulillah sihat.” Jawab Qisya pendek.

“Awal nak bawak Maira kat satu tempat ni. Jom!” pinta Syawal.

   Qisya hanya menurut kerana dalam fikirannya dia punya agenda tersendiri. Puas dia fikirkan agar perjumpaan hari ini yang direncanakannya tidak menjadi sia-sia. Di akhir pertemuan nanti dia ingin meminta Syawal agar berhenti mengganggunya dan ini menjadi pertemuan terakhir mereka.

“Awal nak bawak Maira main ice-skating. Awal tak sempat bawak Maira dulu. Awal ingat lagi dulu Maira ada kata Maira teringin sangat nak main ice-skating. Awal tahu Maira mesti dah pernah pergi dengan kawan-kawan. Tapi Awal tetap nak lunaskan janji Awal untuk bawak Maira pergi sini.” Terang Syawal panjang lebar.

“hah? Kenapa mesti Awal buat semua ni? Kenapa Awal? Maira nak tinggalkan Awal. Maira tak nak sakit lagi.” Detak hati kecil Qisya. Tiba-tiba mata Qisya terasa panas. Ada titisan jernih yang ingin mengalir.

“Maira. Maira kenapa ni? Maira tak sihat. Maira nak Awal bawak pergi klinik?.” Soal Syawal cemas.

“Maira. Jangan buat Awal macam ni. Jawab la Maira. Kenapa ni? Maira nak Awal buat apa?” soalnya lagi apabila aku tidak menjawab sepatah pun.

“Ya Allah andai ini jalan takdirMu aku redha. Di saat aku ingin membuang dia dari hidupku,kau timbulkan semula rasa sayang sebagaimana dulu. Jika benar dia milikku,satukanlah hati-hati kami. Ikatlah kami dengan ikatan yang suci yang engkau redhai.

“Maaf Awal. Maira nak balik. Maira terasa tak sihat.”pinta Qisya.

“Awal hantar okay. Awal risau sangat tengok Maira macam ni.” Jawab Syawal.

   Qisya hanya mengangguk tanda setuju.

~~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~~

   Seminggu sudah berlalu dari tragedi tempoh hari. Sebarang panggilan daripada Syawal tidak dilayannya. Apabila Syawal datang ke rumah,teman-teman Qisya terpaksa menipu mengatakan Qisya tidak ada. Hari ini Qisya memberanikan diri untuk menghubungi Syawal.

“Assalammualaikum Awal.” Tutur Qisya.

“Alhamdulillah. Waalaikumusalam Maira. Puas Awal cari Maira. Mana Maira hilang. Awal risau sangat. Maira sihat?” soal Syawal risau.

“Alhamdulillah. Maira sihat. Maira minta maaf sebab tak jawab call dari awal. Minta maaf sebab buat Awal risau.” Kataku.

“tak pe lah. Yang penting Maira baik-baik je. Awal lega dengar Maira baik-baik je.” Ucap Syawal dalam nada kelegaan.

“Awal. Maira nak cakap something?” kataku.

“Apa dia Maira. Cakaplah. Awal sedia dengar.”kata Awal tenang.

“Maira nak mintak maaf. Boleh kita jadi macam dulu” Qisya berterus terang.

“Alhamdulillah. Allah makbulkan doa Awal. Maira tak pernah salah,Awal yang salah sebab tak percayakan Maira. Terima kasih Maira sebab terima Awal lagi.” Kata syawal.

“tapi boleh Awal tanya something?” sambung Syawal lagi.

“Apa dia Awal?” tanya Qisya tenang.

“Macam mana Maira boleh buat keputusan ni? Kenapa?” soal Syawal inginkan kepastian.

“Istikharah” jawab Qisya.

   Alhadulillah. Allah telah memberi petunjuk kepadanya selepas tiga hari dia membuat istikharah. Itupun atas nasihat Fara. Dengan senang hati dia dapat menyatakan kepada Syawal keputusannya. Baginya,cinta kepada Faril adalah cinta sebagai seorang abang. Dia berasa gembira tatkala mendapat tahu bahawa Faril akan melangsungkan pernikahannya hujung tahun ini. Dia akui rasa cinta dan sayangnya kepada Syawal seperti dulu dan tidak mampu dibuangnya. Jodoh mereka telah ditetapkan di luh mahfuz. Semoga ini yang terbaik buat hidupnya.

   Qisya dan Awal kini sudah selamat diijab kabulkan sendiri oleh ayah Qisya. Majlis serba ringkas itu diadakan di rumah Qisya dan disaksikan ahli keluarga terdekat. Majlis persandingan bakal dilangsungkan esok bagi pihak perempuan dan selang seminggu bagi pihak lelaki.

~~~~~*****~~~~~*****~~~~~*****~~~~~


“Alhamdulillah sayang. Allah makbulkan doa abang untuk menjadikan sayang pelengkap hidup abang. Abang harap abang dapat jaga sayang dengan baik. Yang lama abang akan jadikan pengajaran. Abang harap sayang akan sayang abang macam dulu and kita layari bahtera kita sama-sama.” Kata Syawal kepada Qisya.

“Alhamdulillah jugak abang sebab kita dapat akhirkan hubungan kita dengan hubungan yang halal dan suci ni. Sayang rasa bahagia sangat. Mungkin dulu bukan masa yang tepat untuk kita bersama. Semoga bahtera yang kita bina ni akan kekal walau badai besar melanda. Abang janji akan setia dengan sayang hingga akhir nafas sayang?” soal Qisya manja.


   Dia senang berada dalam pelukan suaminya sambil menyaksikan keindahan malam di balkoni rumah mereka. Angin malam itu terasa sungguh romantik. Semuanya cukup sempurna sekarang. Tambah-tambah lagi mereka sedang menantikan kelahiran permata hati mereka yang pertama lagi lima bulan

“InsyaAllah abang janji sayang sebab abang sayang sayang. Abang jugak sayang baby dalam perut sayang ni” Kata Syawal meyakinkan. Satu kucupan manis hinggap di dahi Qisya.

Dua hati telah disatukan atas rahmatNya. Semoga yang terbaik buat mereka.

~~TAMAT~~

sory readers kalau tak best.. harap sangat komen..
terima kasih membaca..

smile :)



Terima Kasih sudi baca. SUKA?? ~L!Ke-L!Ke aJe~!! :)

0 catatan tinggalan:

Post a Comment

As salam n hye~!
kepada readers yg baik hati,leave comment ya :)
arigato~!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
!~COPYRIGHT Miz Chouko~!