" Welcome "

Blog saya xsemegah mana.. hanya luahan n bicara hati.. *celoteh seorang gadis kampung* SELAMAT DATANG~~

Sunday, October 3

"Yang Aku Impikan Bersamamu"

Setiap orang mempunyai angan-angan yang ingin dikecapi suatu masa nanti. Aku juga sama. Tidak lepas dari mengangankan sesuatu yang indah bersama tersayang. Di sini, aku ingin kongsikan bersama. Andai kau tahu, alangkah indahnya. Namun persoalannya, siapa MR. RIGHT aku tu. heeeee...

Menunggu masa yang sesuai dan tepat. MR. RIGHT aku pasti tiba membawa sekeping hati kosong untuk aku isi selamanya. heee..

Aku ingin sekali:
1. SUNSET- aku impikan saat indah ini. berduaan di bawah sinaran matahari terbenam di pinggir pantai. wah, alangkah romantiknya saat itu. sambil menghirup udara pantai yang segar, sambil ditiup angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa,

2. CANDLE LIGHT DINNER- si dia booked satu restoran yang tidak begitu mewah buat kami berdua. tanpa gangguan dari kesibukan kota dan warga kota yang lain. kami berdua menghabiskan masa bersama sambil mendengar alunan muzik yang indah. seronoknya!!!

3. MENAIKI BOT ITIK COMEL-andai sesiapa yang pernah nampak bot ni, mesti teringin untuk menaikinya juga. ianya sebuah bot berbentuk itik yang sangat comel. hanya muat untuk kami berdua. mengayuh bot mengelilingi sebuah tasik.. ngeeeee...

4. PERGI BERCUTI BERSAMA- ini adalah perkara wajib. kami berdua menghabiskan masa bersama. pergi bercuti di suatu tempat hasil persetujuan bersama.

5. PERGI MENUNAIKAN HAJI-andai berkemampuan aku ingin pergi menunaikan haji bersamanya pada usia muda. bukan ingin kejarkan haji muda, tetapi sebagai kemudahan buat aku. pada waktu muda, masih larat nak menunaikan haji. andai ditangguhkan nanti, entah bila dapat ditunaikan rukun islam ke-5 itu. heee..


*setakat ni,ni aje yg mampu aku fikirkan.. tapi sebenarnya masih banyak anganku. aku hanya boleh berdoa agar salah satu darinya menjadi kenyataan.. <3 <3 <3
Terima Kasih sudi baca. SUKA?? ~L!Ke-L!Ke aJe~!! :)

0 catatan tinggalan:

Post a Comment

As salam n hye~!
kepada readers yg baik hati,leave comment ya :)
arigato~!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
!~COPYRIGHT Miz Chouko~!