" Welcome "

Blog saya xsemegah mana.. hanya luahan n bicara hati.. *celoteh seorang gadis kampung* SELAMAT DATANG~~

Sunday, October 17

"Menanti Terucapnya Kata"

     Pertama kali menjejakkan kaki di sini cukup membuatkan aku terpinga-pinga. Hari ini merupakan hari pertama aku mendaftarkan diri di pusat pengajian tinggi pilihanku. Agak berdebar dan gelisah hati aku.
   “Ada sesiapa yang aku kenal ke?” soal hatiku.
     Aku menguatkan hatiku dan cuba mengawal debar di dadaku. Aku berusaha untuk bertenang. Dalam pada aku cuba bertenang, tiba-tiba “dush!!”. Satu bunyi yang amat kuat. Aku terjatuh dan kepalaku terasa pening. Semua bagaikan berputar dimataku.
“Sorry, wak!! Sorry sangat-sangat..” jelas suara itu.
“Eh, apa ni? Apa pasal langgar saya? Sakit tahu tak?” jelasku.
“Eh minah kerek ni. Aku dah minta maaf pun nak marah-marah.” Keluh suara itu.
“Apa minah-minah? Tak ade bahasa yang baik sikit ke?” bebelku.
     Dek kerana kesal dengan kejadian itu, aku segera berlalu dari situ.
“Nak pergi kafe lah, beli milo “o” ais. Biar sejuk sikit hati aku yang tengah panas ni.” Bicara hatiku.
****************************************
     Diam tak diam sudah seminggu kuliah bermula. Namun penat badan di denda ketika minggu orentasi belum hilang lagi. Aku masih ingat macam mana aku disuruh mencuci sebakul baju seniorku, Syakila, dek kerana aku ingin meminjam sterika dia. Sabar saja lah. Kalau bukan kerana ibu bapaku jauh, sudah tentu aku sudah minta mereka hantarkannya kepadaku. Itulah nasib junior-junior sepertiku. Junior yang pada mereka tampak lemah dan mudah dibuli.
     Berbalik kepada cerita kuliahku. Aku berasa seronok sekali menghadiri kelas buat kali pertama. Aku mendapat pensyarah yang amat baik dan aku seronok belajar dengannya. Aku juga mendapat seorang kawan baru, Farisya namanya. Dia berasal dari Melaka. Aku seronok berkawan dengannya kerana dia sememangnya seorang yang merendah diri. Dia tinggal di Blok H, manakala aku di Blok G.
     Seminggu di sini, banyak perkara yang terjadi. Banyak pengalaman baru. Rasa rindu terhadap ibu, ayah dan adik-adik semakin menebal. Kadang-kadang rasa sebak datang menyinggah di hati ini, namun aku kuatkan semangat demi mengejar cita-citaku.
*****************************************
     “Eh, kau yang basuh baju aku tu kan. Nanti balik, kau pergi bilik aku and ambil semua baju yang belum cuci tu,ya.”arah Syakila,senior yang kuat membuli itu.
“Kenapa saya kena cuci baju awak lagi. Kan saya tak minta tolong apa-apa dari awak lagi.” soalku.
“Kau nak tahu kenapa. Sebab kau cuci baju bersih la. Siap lipat lagi tu. Aku suka.” katanya bersahaja.
“Tapi, saya bukan maid awak. Awak tak boleh arah saya suka-suka hati awak je.” jelasku lagi.
“Oh, kau membantah ye. Kalau aku suruh tu buat je la, kau jangan buat macam-macam, nanti teruk nasib kau.” gertaknya.
     Aku hanya terdiam tidak mampu berkata apa-apa. Rasa nak marah dan tidak puas hati, tapi aku tak nak apa-apa masalah timbul nanti.
****************************************
     Selama seminggu aku terpaksa mencuci pakaian Syakila. Rasa sakit hati semakin menjadi namun hanya dalam hati aku suarakan semua itu. Suatu hari, Syakila bertemuku seperti biasa untuk mengarahkan aku mengambil baju kotornya.
“Nanti kau pergi bilik aku macam biasa,ya” arah Syakila seperti biasa.
“Kena lagi ke? Saya dah penat la. Tak boleh ke awak cuci sendiri. Lagi pun tu kan pakaian kotor awak” jelasku.
“Eh,dah pandai menjawab sekarang ea. Tu dah jadi kerja and rutin harian kau. Jadi, jangan nak berleter. Buat je la apa yang aku suruh” jawab Syakila dengan nada yang agak tinggi.
“Tapi.”
     Belum sempat aku menghabiskan ayatku, Syakila menyampuk.
“Tak ada tapi-tapi. Kerja tetap kerja and kau kena bereskan” kata Syakila separuh menengking.
     Tiba-tiba sesuatu yang tidak dijangka terjadi. Jejaka yang berlanggaran dengan aku sewaktu hari pendaftaran tempoh hari menegur kami.
“Maaf kalau saya mengganggu. Tapi saya nampak macam ada masalah je kat sini. Boleh saya bantu apa-apa” tegurnya sambil memandangku.
“Kau jangan nak kacau aku lah Fitri. Kau nyibok-nyibok kat sini apasal?” soal Syakila kepada jejaka itu.
“Eh, kau jangan nak berlagak lah dengan aku Kila. Kau fikir kau tu bagus sangat. Macam lah aku tak tahu kau buli junior ni kan. Kau nak aku report kat madam?” jawab jejaka itu.
“Kau kalau tak kacau hidup aku tak boleh ea? Mana ada aku buli budak ni. Dia ni yang sukarela nak tolong aku” jelas Syakila.
“Ala Kila. Tak payah kau nak berwayang dengan aku. Mana ada junior yang terlepas dari tangan kau. Asal kau nampak dia cantik and ada potensi nak famous, kau mesti buli habis-habis. Lagipun siapa yang sukarela nak tolong kau?” katanya panjang lebar.
     Aku berdoa dalam hati agar jejaka ini, Fitri maksudku boleh membantuku melepaskan diri daripada si Syakila ni. Dah tak sanggup aku “memperhambakan” diri buat Syakila. Kini, baru aku tahu sebab aku dibuli oleh Syakila. Kiranya aku ni cantik lah ye. Itu pun apa yang Fitri cakap tadi.
“Kau tipu. Mana ada. Aku mana ada jelous dengan minah kampung ni. Setakat dia, tak payah la” jawab Syakila cuba selindung.
“Mulai hari ni, aku tak nak tengok kau buli dia lagi. Aku dengar daripada student lain kau buli dia,siap kau. Aku ada mata-mata tahu.”gertak Fitri.
     Leganya hatiku tatkala mendengar semua ini. Segala penyeksaan sudah pun berakhir. Syakila berlalu dengan muka yang masam dan aku tahu dia tidak puas hati dengan semua ni. Aku juga berlalu ingin ke kelas.
“Aik, tak kan nak blah macam tu je. Terima kasih pun tak ada ke?” kata Fitri dengan nada sinis.
“Ah? Oh,terima kasih”kataku agak terpinga.
     Fitri tersenyum melihat telatahku. Aku yang agak panas hati segera berlalu dari situ. Walaupun rasa tak puas hati, tapi aku tetap berterima kasih buat Fitri kerana membantuku menghentikan “penyeksaan” ini.
****************************************
     Sedang aku khusyuk membaca buku di library kerana exam semakin dekat, tiba-tiba aku didatangi suara yang agak biasa aku dengar. Alangkah terkejutnya aku apabila aku menoleh, aku terlihat Fitri sedang berdiri bersama senyuman di belakangku.
“Sibuk nampak. Boleh saya duduk dekat sini?” soal Fitri.
     Aku hanya mendiamkan diri. Dia terus mencapai kerusi dan duduk di sebelahku.
Sorry lah kalau kacau awak  study. Saya Cuma nak minta maaf sekali lagi pasal hal masa hari pendaftaran tu. Saya betul-betul tak sengaja. Saya nak cepat and tak memasal terlanggar awak” jelas Fitir panjang lebar.
“Oh, hal tu. Saya dah lupakan dah. Biasa lah tu. Saya pun minta maaf sebab marah-marah awak hari tu. Hari first saya tu. Sebab tu nervous sikit” jawabku sambil tersenyum.
    Kami berdua bercerita seperti sudah lama kenal. Aku selesa bercerita dan berkawan dengan Fitri. Fitri sememangnya seorang jejaka yang baik dan prihatin. Fitri ialah senior tahun akhir di U ini. Dia agak terkenal kerana sering mengelola pelbagai program U. Ramai pelajar kolej perempuan minat kepadanya. Namun aku seronok dan lebih selesa menjadi kawannya.
*********************************
     Pejam celik-pejam celik sudah setahun aku di sini. Fitri bakal graduate tak lama lagi. Itu bermakna dia bakal keluar dari sini. Aku sedih kerana bakal kehilangan seorang kawan yang sangat rapat denganku. Tapi, aku tak akan terputus hubungan dengannya. Akan ku pastikan kami sentiasa berhubung untuk mengetahui khabar masing-masing.
“Andai Fitri tahu isi hatiku kan senang. Tak kan aku nak ungkap segalanya.” Desis hatiku.
     Sebelum melelapkan mata aku sempat mengangankan sesuatu. Akhirnya aku tertidur. Aku juga tidak tahu isi hati sebenar Fitir kepadaku. Apa mungkin hanya sebagai sahabat dan tidak lebih dari itu.
**************************************
     Aku mendapat sebuah kereta baru hadiah daripada ayahku. Sebuah Myvi putih yang ku namakan Milky. Aku sayang sangat keretaku. Aku plan aku nak balik ke rumah ibu bapaku hujung minggu ini dengan kereta baruku. Seronoknya rasa. Aku telah pun khabarkan kepada Fitri soal niatku ini. Fitri meminta agar aku menaiki bas seperti biasa. Dia khuatirkan sesuatu bakal terjadi kepadaku nanti. Dia juga mempelawa dirinya untuk menghantarku. Aku menolak kerana tidak mahu menyusahkannya.
     Aku berjaya memujuk Fitiri agar membenarkanku menaiki keretaku untuk pulang ke rumah orang tuaku. Namun dia meminta agar aku segera menghubunginya apabila sampai kelak. Aku gembira sangat dan berjanji akan menghubunginya.
     Aku bersiap dan memasukkan segala barangku ke dalam bonet kereta. Aku bergerak seawal jam 8 pagi kerana tidak ingin terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Aku menghubungi Fitri untuk mengkhabarkan yang aku sudah ingin bergerak. Dia menasihatkan aku agar hati-hati dan jelas sejali suaranya agak gelisah.
“Kenapa kau risaukan aku sangat kalau kau hanya anggap aku kawan?” soal hatiku.
“Dah lah. Berhenti berangan dan tumpukan perhatian untuk memandu” bisikku lagi.
     Aku memulakan perjalanan seperti biasa. Aku memandu 80-90 km/j kerana mendengar nasihat Fitri agar jangan memandu terlalu laju. Aku menjangkakan aku bakal mengambil masa sekitar 4 ke 5 jam.
     Tiba-tiba,aku terasa sesuatu melanggar keretaku dan aku terus tidak menyedarkan diri.
*************************************
“Aduh, sakitnya kepalaku!!” jerit hatiku.
“Harap bertenang ya cik. Cik berada di Hospital sekarang ni. Sebentar ya, saya panggilkan doktor” suara jururawat yang samar-samar aku dengar di telinga.
“Macam mana saya boleh sampai kat sini? Saya seharusnya ada kat rumah ibu bapa saya” soalku.
“Bersabar. Cik jangan banyak bercakap dan bergerak ya. Nanti keadaan cik makin teruk” pinta jururawat itu.
    Aku sendiri hairan bagaimana aku boleh sampai di sini. Setahu aku, aku sepatutnya sampai di rumah ibu bapaku. Tapi mengapa aku di hospital. Apa sudah jadi padaku? Aku cuba mengingat apa yang terjadi kepadaku tetapi usahaku gagal. Aku tidak boleh mengingat kembali apa yang telah terjadi. Tiba-tiba.
“Assalamualaikum” suara Fitri dan kulihat satu senyuman terukir di wajahnya.
     Betapa leganya hatiku tatkala melihat wajanya.
“Awak, tolong jelaskan pada saya. Apa sebenarnya yang terjadi?” soalku kepada Fitri.
“Sabar ya. Nanti saya jelaskan kat awak. Yang penting sekarang awak selamat dan saya gembira sangat” jawabnya.
“Ibu ayah saya mana? Saya nak jumpa diaorang”pintaku.
“Diaorang ke surau tadi. Sekejap lagi datanglah tu. Awak macam mana? Semakin ok?” tanya Fitri.
“Urm, saya ok je. Apa yang tak ok nye? Saya tak faham lah” jelas sekali aku kebingungan.
“Ye.. ye.. saya cerita apa yang dah jadi kat awak. Tapi awak jangan cakap apa-apa ya? Ok, awak sebenarnya kemalangan masa hari awak nak balik ke rumah ibu bapa awak hari tu. Awak kena langgar dengan kereta dari arah bertentangan. Awak tersepit dan teruk jugak lah. Tapi awak sempat diselamatkan sebab ramai yang ada kat tempat kejadian. Menurut saksi, awak tak salah, kereta tu yang tiba-tiba hilang kawalan dan langgar awak. Awak dah koma dekat 5 bulan dah. Saya risau sangat sebab kata doktor awak mungkin hilang ingatan sebab hentakan kuat. Tapi saya lega sangat awak ingat saya lagi. Saya risau awak takkan bangun lagi. Saya belum sempat cakap kat awak sesuatu” cerita Fitri sambil cuba menahan titisan jernih di kelopak matanya.
     Aku yang mendengar cerita itu turut menitiskan airmata. Tidak ku sangka itu yang terjadi kepadaku. Tapi,kenapa aku tak ingat semuanya? Tiba-tiba, pintu bilik pun diketuk. Ibu dan ayah masuk. Ibu segera memelukku dan menciumku. Tanpa disedari, airmataku semakin deras bagaikan air terjun. Aku tidak mampu mengawalnya lagi. Fitri tersenyum bahagia tatkala melihat drama keluargaku ini. Aku turut bahagia.
“Fitri, mari ke kafe. Temankan pak cik minum kopi. Lagipun kamu sudah seharian jaga Mia. Mari minum dan segarkan badan” ayah mengajak Fitri.
     Fitri dan ayah pun berlalu ke kafe meninggalkan aku dan ibu di bilik.
“Ibu, betul ke selama ni Fitri yang jaga Mia?” soalku inginkan kepastian.
“Betullah. Nak harapkan kami? Kami datang seminggu sekali je. Masa awal-awal kamu di sini ya la ibu ayah ada. Lepas seminggu kami dah pulang ke rumah, kami minta Fitri jaga kamu. Alhamdulillah dia orangnya baik. Kadang-kadang dia bawa sekali Farisya kawan kamu tu. Dia memang risaukan kamu sepanjang kamu koma. Dia jaga kamu dengan baik” jelas ibu panjang lebar.
     Aku semakin ditimpa dengan tanda tanya. Kenapa kawan sampai buat begitu. Buat aku bertambah sayang kepadanya. Takkan tak ada secebis rasa sayang dia buat aku?
“Ibu, kenapa Mia tak ingat apa-apa tentang kemalangan tu?” soalku.
“Entah lah. Kata doktor, kamu mengalami hentakan kuat kat kepala. Risiko untuk kamu hilang ingatan juga tinggi. Kami banyak berdoa kamu ok. Alhamdulillah kalau kamu ok-ok saja. Mungkin kamu tak dapat ingat kejadian tu kerana tauma” jelas ibu.
“Mungkin juga. Tak ape lah. Yang penting Mia masih ingat akan ibu, ayah dan kawan-kawan Mia”
**************************************
     Sudah seminggu aku dibenarkan keluar. Tapi aku masih mendapat cuti daripada menghadiri kelas. Setiap hari Fitri akan menelefon bertanyakan khabarku dan pastinya akan mengajakku keluar makan apabila sampai waktu makan. Dia risau jikalau aku tertinggal waktu makan dan terlupa untuk makan ubat. Dia begitu mengambil berat akan aku. Bila ditanya, amanah ayah dan ibuku jawabnya.
“Petang ni pakai baju cantik-cantik ye. Fit nak bawak Mia pergi satu tempat” pinta Fitri.
“Nak pergi mana ni. Cakap je la. Dengan Mia pun nak rahsia-rahsia. Kenapa kena pakai baju cantik? Selama ni Mia punya baju tak cantik ea?”soalku bersahaja.
“Janganlah banyak tanya. Ikut je la apa yang Fit suruh ok. Fit tunggu dekat bawah pukul 8.00. Lambat kena denda” sindir Fitri.
     Aku hanya buat muka, tanda geram dengannya. Fitri hanya tersenyum sinis. Ke mana agaknya hendak dibawanya aku ni. Malam itu seperti dijanjikan, aku turun ke tempat parking kereta jam 8.00 tepat. Aku lihat kereta Honda City Silver sedang menungguku. Itulah kereta Fitri. Aku mengenakan sepasang dress labuh beserta cardigan. Fitri turun dari kereta untuk membuka pintu buatku. Dia terkesima tatkala melihatku.
“Dah suruh orang pakai cantik-cantik. Lepas tu dia pulak yang tengok nak terkeluar biji mata. Cantik sangat ke cik abang oi?” sakatku.
“Cantik!! Memang cantik. Pandai awak pilih baju” puji Fitri.
     Aku masuk ke perut kereta setelah dipersilakan oleh Fitri. Agak aneh layanan Fitri terhadapku sejak aku terlantar di hospital hari tu. Fitri terus meluncur laju ke destinasi yang aku sendiri tak tahu. Aku hanya melayan lagu yang berkumandang di radio sambil memerhati keindahan lampu-lampu malam. Suasana senyap sahaja di dalam kereta. Yang ada hanyalah bunyi radio. Aku sendiri hairan dengan situasi ni.
“Ok, kita dah sampai dah” tiba-tiba Fitri bersuara.
     Aku lihat sekeliling. Kawasan pantai. Sunyi dan hanya cahaya lampu jalan yang samar-samar. Bunyi ombak yang kadang-kala menerpa pantai.
“Kat mana ni sebenarnya? Kenapa bawa Mia pergi sini? Mia seram lah” soalku.
“Sabarlah Mia. Kejap lagi Mia tahu lah. Jom ikut Fit pergi sana” ajak Fitri sambil menunjukkan satu tempat.
“Mia takut lah Fit. Dah lah gelap, sunyi. Kang apa-apa jadi susah” betahku.
“Ala, Mia ikut je. Takkan jadi apa-apa. Percayalah cakap Fit” pujuk Fitri.
     Aku pun berjalan di sisi Fitri. Cahaya yang agak samar menyukarkan langkahku. Tiba-tiba, sedang syok aku mengatur langkah lagu “happy birthday” berkumandang. Aku lihat ada Farisya yang sedang membawa kek yang dipasang lilin. Ramai kawan-kawan yang turut serta. Aku lupa bahawa hari ni adalah hari ulangtahun ku yang ke-25. Tanpa aku sedari, beberapa titisan jernih keluar dari kelopak mataku. Aku sangat-sangat terharu dengan layanan Fitri, Farisya dan rakan-rakan ku yang lain.
     Aku terdengar alunan merdu bunyi gitar yang memainkan lagu kegemaranku. “TERCIPTA UNTTUKKU”. Aku lihat Fitri sedang bermain gitar sambil menyanyi dan berdiri betul-betul di hadapanku. Jantung aku semakin berdegup laju dan bagaikan mahu tercabut dari tempatnya. Tindakan berani mati Fitri ini benar-benar menduga imanku. Andai Fitri mampu membaca isi hatiku. Airmataku yang tadinya sudah hampir reda, deras kembali mengenangkan cerita cintaku.
     Masa begitu pantas berlalu. Semua sudah penat dan makanan hampir habis. Semua berkemas ingin pulang. Aku ingin membantu tetapi lenganku terasa bagai ditarik. Aku lihat Fitri menarik lenganku dan mengajakku duduk di tepi pantai. Agak jauh dari mereka.
“Mia, Fit nak cakap sesuatu kat Mia” mula Fitri.
“Apa dia? Cakap jelah”jawabku selambe.
“Kalau Fit nak anggap Mia.........................” ayat Fitri tersekat.
     Aku agak terkejut mendengar semua ini. Namun aku tak ingin terlalu berharap. Boleh jadi Fitri ingin menganggapku sebagai adik.
“Anggap apa?” soalku cuba menyembunyikan debar di dadaku.
“Anggap Mia lebih dari kawan” soal Fitri pantas.
     Aku terdiam seribu bahasa. Aku tak tahu apa yang harus aku jawab. Sememangnya itulah yang aku nantikan terucap dari mulutnya. Akhirnya aku dapat juga mendengar kata itu. Alangkah bahagia dan gembiranya aku. Aku menitiskan lagi airmata tanda kesyukuranku buat-Nya.
“Fit sedar yang Fit memang sayangkan Mia sejak Mia koma hari tu. Fit tahu Fit tak boleh hidup tanpa Mia. Fit cuba nafikannya, tapi hakikatnya Fit sayangkan Mia lebih dari seorang kawan” jelas Fit.
“Fit” hanya itu yang mampu ku ucap.
“Fit nak tanya sekali lagi. Sudikah Nurul Damia Afirah menjadi suri di hati dan yang halal buat Muhammad Fitri Firdaus?” soal Fitri ikhlas.
“Sudi sekiranya Fit janji tak akan tinggalkan Mia dan takkan sakit kan hati Mia” jawabku beserta linangan airmata tanda kegembiraan.
**********************************
     Kini aku dan Fitri sudah bahagia melayari bahtera perkahwinan kami yang baru berusia 5 bulan. Inilah kuasa CINTA. Kadang-kadang kita tak tahu bahawa jodoh kita adalah insan yang berada di hadapan kita. Cinta memang tak kenal segalanya. Tidak aku sangka rasa cinta buat Fitri yang aku pendam selama ini juga turut dirasakan olehnya. Sesungguhnya Dia tahu bila masa yang sesuai buat kami untuk bersama. Aku berharap perkahwinan yang di bina atas dasar cinta ini akan berkekalan ke akhir hayat kami. Terima kasih, Ya Allah!!


*pertama kali tulis cerpen sepanjang ni. sory kalau tak best.. sila tinggalkan komen lepas baca ye.. tq..
Terima Kasih sudi baca. SUKA?? ~L!Ke-L!Ke aJe~!! :)

2 catatan tinggalan:

  1. kak syu..
    best lar..
    ad blog gk ea?
    kire blogger aktif lar ny eak..
    btw..
    nice story..
    lurve it!

    ReplyDelete
  2. thnxs dear.. ya, bru2 ni jew bukk blog.. nk kte xtif ue ley la coz slalu updte kn.. hehe..
    tol2 besh kew?? rmi kte jln cite dy susa pham n part kt hspital ue cam xlogik..
    niway, thnxs again k.. ;)

    ReplyDelete

As salam n hye~!
kepada readers yg baik hati,leave comment ya :)
arigato~!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
!~COPYRIGHT Miz Chouko~!